Koleksi The Kirana Story
Bergaya itu satu seni dan hanya yang berbakat sahaja mampu menyerlahkan gaya yang hebat, sehingga mampu memukau setiap yang memandang. Sharifah Kirana Syed Ghazali, antara yang bertuah kerana dianugerahi bakat yang amat berharga ini. Setiap rekaannya mengandungi nilai seni yang sangat tinggi – kaya elemen budaya serta aura feminisma sejati, menjadikan setiap yang menggayakan ciptaan Kirana pasti tampil santun dan anggun.
Koleksi The Kirana Story
Kali ini Kirana mengetengahkan himpunan baju kurungnya yang dinamakan ‘The Kirana Story’. Ia adalah sebuah karya citra unggul, yang menggunakan fabrik sebagai wadah penceritaan yang disuarakan melalui motif berunsur keislaman menggunakan teknik sulaman tapestri.
Baju tradisional yang diserikan dengan sulaman tapestri bermotifkan unsur-unsur keislaman yang dimewahkan dengan jalinan sulaman manik, sekuin dan batu permata separuh berharga bagi menambahkan kilauan pada rekaan.
Koleksi The Kirana Story
Menjadi kemestian bagi Kirana menggunakan fabrik-fabrik mewah dalam setiap rekaannya, himpunan busana Muslim kali ini juga tidak ketinggalan menggunakan fabrik-fabrik mewah dan berkualiti seperti sutera, satin sutera, taffeta, sutera Thai, organza, English brocade serta chiffon sutera.
Warna juga menjadi salah satu medium yang penting dan selalu dititik beratkan dalam setiap helai rekaan Kirana. Himpunan busana Muslim kali ini banyak menggunakan warna berserakan lembut, terutamanya warna merah kesumba, hijau epal, biru firus, lilac, dan kuning air (krim).
Read more...