Showing posts with label MIFA 2009. Show all posts
Showing posts with label MIFA 2009. Show all posts

10.11.09

Tun Teja D' Avant Garde di Asia Magic Gala (MIFA 200)

Tun Teja D'Avant Garde adalah kisah cinta tragis Tun Teja yang terkenal kerana sanggup mengorbankan cintanya kepada Laksama Hang Tuah bagi mengahwini Sultan Melaka.

Koleksi saya diilham bagi mengimbas kembali kisah Tu
n Teja anak bangsawan orang besar Pahang. Beliau diangkat sebagai tokoh sejarah lagenda yang terkenal kerana kecantikannya dan dikatakan bersetuju untuk mengahwini Sultan Melaka walaupun hatinya sudah terpikat dengan Laksamana hebat Melaka Hang Tuah demi keamanan negeri Melaka dan Pahang.

Saya telah jatuh hati dengan kisah Tun Teja itu mengambil kekuatan semangat dan keanggunan lalu menzahirkan dalam rekaan saya. Saya menggabungkan pengaruh kuat budaya bersama fesyen Avant Garde maka terciptalah koleksi yang sesuai dengan dunia moden Tun Teja hari ini dan akan datang.

Saya merasakan koleksi terbaru ini merangkumi pesona dan semangat Tun Teja sebagai wanita tercantik, berpengaruh serta elegant.

Saya mendapat inspirasi untuk bercerita tentang kisah Tun Teja melalui koleksi ini dengan mengabungkan unsur Melayu dan Avant Garde fesyen. Sesuai dengan tema, gaya, keanggunan dan feminin di tambah dengan aura glamour mewah Tun Teja berwarnakan putih dan bermain dengan sulaman mewah kesemua rekaan menyuntik pesona menawan dan membuat saya teruja bila mereka rekaan ini. Menggunakan lukisan tangan batik kemudian dihiasi dengan memakai accessori seperti anting-anting dan rantai pada rekaan, menyerlahkan keunikan rekaan saya.

Sya amat teruja dan terharu apabila mencipta rekaan ini dengan sepenuh jiwa saya untuk


Koleksi ini menggunakan sillhoute ball gown dan potongan kebaya menggunakan motif bunga dan penggunaan motif bunga bungaan bertujuan untuk mengabadikan kehalusan, keanggunan serta aura seorang wanita yang sangat di kenali di dalam lipatan sejarah.




Supermodel New York, Ai Tominaga



































Read more...

27.10.09

MIFA 2009 - Asia Magic Gala

MIFA kembali lagi, kali ini saya ingin memberi peluang kepada peminat koleksi saya menghadiri pertunjukan fesyen yang akan di adakan di bulan November 2009. Koleksi saya kali ini di beri nama Tun Teja Avant Gant . . . ia merupakan salah satu koleksi saya yang paling hebat, jika nak tahu lebih tunggu di malam pertunjukan tersebut.


Saya akan memberi kad undangan kepada 2 peminat yang bertuah, setiap seorang kan di beri 2 kad undangan yang membolehkan anda membawa pasangan ke majlis tersebut. Untuk melayakkan diri memenangi kad undangan tersebut anda perlu menjadi 'follower' dan email kepada saya apa yang anda suka mengenai koleksi Sharifah Kirana . . .

Butiran pertunjukan fesyen seperti di bawah;

Tarikh : Khamis, 5 November 2009

Masa : 8 pm

Tempat : Centre Court, Level 2, Pavilion KL

Tarikh tutup Jumaat 30 Oktober 2009.

Selamat mencuba!

Read more...

  © Blogger template Coozie by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP