2.11.09

Glam

Minggu ini saya sangat sangat sibuk dengan koleksi baju Tun Teja D Avant Garde, maklumlah lagi 3 hari ianya akan berada di pentas, banyak yang perlu disiapkan, bukan senang nak mengadakan fashion show semuanya harus diteliti dari baju hingga ke kasut, tiara, rantai, subang, gaya rambut, make-up harus diberi perhatian. Doakan untuk saya ya!
Di sini saya ingin memaklumkan bahawa 2 peminat bertuah akan menyaksikan koleksi saya di pentas iaitu Raja Nazatul Sofianny. I hope Nazatu will enjoy the show! Watch our for courier guy who will deliver the card right into yr doorstep!

Jumpa lagi!

Read more...

27.10.09

MIFA 2009 - Asia Magic Gala

MIFA kembali lagi, kali ini saya ingin memberi peluang kepada peminat koleksi saya menghadiri pertunjukan fesyen yang akan di adakan di bulan November 2009. Koleksi saya kali ini di beri nama Tun Teja Avant Gant . . . ia merupakan salah satu koleksi saya yang paling hebat, jika nak tahu lebih tunggu di malam pertunjukan tersebut.


Saya akan memberi kad undangan kepada 2 peminat yang bertuah, setiap seorang kan di beri 2 kad undangan yang membolehkan anda membawa pasangan ke majlis tersebut. Untuk melayakkan diri memenangi kad undangan tersebut anda perlu menjadi 'follower' dan email kepada saya apa yang anda suka mengenai koleksi Sharifah Kirana . . .

Butiran pertunjukan fesyen seperti di bawah;

Tarikh : Khamis, 5 November 2009

Masa : 8 pm

Tempat : Centre Court, Level 2, Pavilion KL

Tarikh tutup Jumaat 30 Oktober 2009.

Selamat mencuba!

Read more...

26.8.09

Terima kasih



Gambar booth Sharifah Kirana di Kraftangan semasa Promosi Kerja Kawin 2009. Alhamdulillah saya telah menerima banyak tempahan deco dan busana pengantin sehingga tahun hadapan. Di sini saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan yang memberi kepercayaan kepada saya menyelenggarakan majlis perkahwinan mereka.

Sebenarnya ini adalah pertama kali saya mengikuti promosi ini, itupun kerana di jemput oleh Pengarah Kraftangan. Banyak pengalaman manis kerana kebanyakan pelanggan yang datang ingin berjumpa dengan saya, maklumlah sudah lebih 15 tahun saya di dalam bidang ini. Ada yang sanggup tunggu giliran mereka, saya begitu terharu kerana sambutan yang sungguh mengalakkan. InsyaAllah tahun depan jika panjang umur dan mempunyai masa terluang saya akan membuat promosi ini dengan lebih hebat.


Read more...

12.8.09

Pakej Perkahwinan 2010

Berita gembira bagi pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan tahun hadapan (2010), kami ada menyediakan pakej perkahwinan yang menarik, dengan harga serendah RM3,888 anda dapat memiliki pakaian pengantin Sharifah Kirana di hari bersejarah. Kain yang digunakan adalah lace, thai silk serta satin sutera yang bermutu tinggi. Setiap rekaan baju adalah eksklusif.

Promosi ini adalah terhad sehingga December 2009, jika berminat email kami di kirana.creations@gmail.com


Klik gambar untuk melihat pakej dengan lebih jelas.

Read more...

3.8.09

Kirana & Avon



Kirana telah menaja pakaian Rozita Che Wan di dalam brosure Avon.

Read more...

7.7.09

Promosi Kerja Kahwin 2009

Temui kami di Kraftangan, Jalan Conlay sempena Promosi Kerja kawin 2009. Kami ada menyediakan pakej menarik dan berpatutan.

Jika anda membuat tempahan di masa promosi ini kami akan memberi 5% diskaun.

Tarikh : 4 - 13 Julai 2009
Masa : 10.00 pagi - 8.00 malam
Masuk percuma



Read more...

15.4.09

Kelas Jahitan Manik & Labuci (Benang & Jarum)

Ingatkah anda lagi segmen Benang & Jarum di TV3?

Tahun ini juga kami akan mengadakan kelas jahitan manik & labuci (20 teknik asas & lanjutan).

Butir-butir kelas seperti berikut;

Tarikh : akan di beritahu
Masa : 10.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Ukay Perdana
Bayaran : RM200.00

Modul;

1. Teknik mengenali jenis manik dan labuci yang bermutu tinggi
2. Perbezaan manik dan labuci China, Jepun dan Korea
3. Teknik jahit manik hingga ke tahap yang sukar dengan cara yang berkesan
4. Teknik memilih manik dan labuci mengikut design yang sesuai ke atas kain yang berbeza
5. Pemilihan warna manik dan labuci yang bersesuaian mengikut corak fabrik


Para peserta juga akan di beri peralatan jahitan seperti di bawah;
1. Jarum
2. Benang
3. Manik & labuci
4. Gunting kecil
5. Corak dan lakaran design
6. Fabrik untuk menjahit
7. Sijil Penyertaan

Peralatan di atas adalah milik anda selepas kelas di jalankan.

Jamuan ringan juga di sediakan.




Read more...

  © Blogger template Coozie by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP