10.11.09

Tun Teja D' Avant Garde di Asia Magic Gala (MIFA 200)

Tun Teja D'Avant Garde adalah kisah cinta tragis Tun Teja yang terkenal kerana sanggup mengorbankan cintanya kepada Laksama Hang Tuah bagi mengahwini Sultan Melaka.

Koleksi saya diilham bagi mengimbas kembali kisah Tu
n Teja anak bangsawan orang besar Pahang. Beliau diangkat sebagai tokoh sejarah lagenda yang terkenal kerana kecantikannya dan dikatakan bersetuju untuk mengahwini Sultan Melaka walaupun hatinya sudah terpikat dengan Laksamana hebat Melaka Hang Tuah demi keamanan negeri Melaka dan Pahang.

Saya telah jatuh hati dengan kisah Tun Teja itu mengambil kekuatan semangat dan keanggunan lalu menzahirkan dalam rekaan saya. Saya menggabungkan pengaruh kuat budaya bersama fesyen Avant Garde maka terciptalah koleksi yang sesuai dengan dunia moden Tun Teja hari ini dan akan datang.

Saya merasakan koleksi terbaru ini merangkumi pesona dan semangat Tun Teja sebagai wanita tercantik, berpengaruh serta elegant.

Saya mendapat inspirasi untuk bercerita tentang kisah Tun Teja melalui koleksi ini dengan mengabungkan unsur Melayu dan Avant Garde fesyen. Sesuai dengan tema, gaya, keanggunan dan feminin di tambah dengan aura glamour mewah Tun Teja berwarnakan putih dan bermain dengan sulaman mewah kesemua rekaan menyuntik pesona menawan dan membuat saya teruja bila mereka rekaan ini. Menggunakan lukisan tangan batik kemudian dihiasi dengan memakai accessori seperti anting-anting dan rantai pada rekaan, menyerlahkan keunikan rekaan saya.

Sya amat teruja dan terharu apabila mencipta rekaan ini dengan sepenuh jiwa saya untuk


Koleksi ini menggunakan sillhoute ball gown dan potongan kebaya menggunakan motif bunga dan penggunaan motif bunga bungaan bertujuan untuk mengabadikan kehalusan, keanggunan serta aura seorang wanita yang sangat di kenali di dalam lipatan sejarah.




Supermodel New York, Ai Tominaga



































0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Coozie by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP