24.4.08

STYLO KL Fashion Festival

The Designer(Left) & Kirana Nude and Made to Love Lineups (Right)

The Batik range(left) & Worn by Tengku Azura (right)

The Kirana Nude Dress; worn by Tengku Azura

The backstage (left), The models (right)

Before runway (left) & Ladies~!! line-up pls (right)

Read more...

23.4.08

Pakej Lebaran

Walaupun Lebaran belum berkunjung, namun tempahan untuk busana sempena Aidilfitri, kini dibuka. Di KIRANA, pakej tempahan telah kami sediakan bagi yang ingin membuat persiapan awal sebelum menjelang Hari Raya kelak. Promosi ini berlangsung hingga ke bulan Julai ini.

Pakej 1

2 pasang Baju Kurung /Kurung Moden/ Kebaya - RM2800

Pakej 2

3 pasang Baju Kurung/ Kurung Moden/ Kebaya - RM3800

*Pakej yang ditawarkan hanya untuk fabrik Chiffon dan Sutera Thai sahaja. Mengikut terma dan syarat sahaja

Read more...

18.4.08

Calling for FASHIONISTAS~!!

Our Clearance Sale starts now. Enjoy up to 70% discounts on our selected items. An exceptional bargain awaits you. Promotion ends 23rd April 2008. Spice up your style on this jovial season Kirana's Couture~!!

Read more...

17.4.08

Wanita RTM 1; Di Balik Tabir

Butik Kirana diserbu lagi~! Kali ini, serbuan dibuat oleh krew-krew RTM 1, untuk rancangan wanita. Pertama kali ditampilkan sebagai pengacara, bekas pelajar AF 3, Marsha Milan Londoh diberi tugas menemubual orang kuat Kirana, Sharifah Kirana Syed Ghazali untuk segmen pakaian dan aksesori melayu tradisional.

Set penggambaran rancangan wanita (kiri) & Marsha manis berbaju kebaya moden ciptaan Kirana (kanan)


Orang kuat Kirana, Sharifah Kirana Syed Ghazali

Marsha & Sharifah Kirana

Read more...

Renjis-renjis Dipilis~!!

Newlywed; Sharifah Intan Farhana & Mohd Razi. Happily ever after~!! Amen~!!

Fantastic detailing on Sharifah Intan's wedding dress and stunning dais. Boo-Hoo~!!

P/s: Sharifah Intan Farhana merupakan salah seorang klien tetap Kirana. Kirana menata rias pelamin, bilik tidur hinggalah ke pakaian kedua mempelai. Semestinya keluarga, sahabat handai kedua mempelai berpuas hati dengan kerja dari team Kirana. Selamat Pengantin Baru, hingga kekal ke anak cucu dari kami, team Kirana.

Read more...

12.4.08

Busana Muslimah TV9; Behind the Scene..

Inaz, model of the day~!! HAWTT~!! (left). Inaz, in gorgeous Kirana Retro collection. Banzai~!!(right)

In Turqoise Songket Tabur (left). Fantastic~!! In Dark Brown Songket Tabur (right)

Strike the pose~!! (left). In lacey Kurung; boo-hoo, sexy~!! (right)

Get out of the way, sistah~!!(left). TV9 crews, the tiny Datin Norjuma (yehaa~!!) & Kirana (right)

The mastermind; Kirana (right) n her sistah, Shashue & Location of the day; The Stonor Park. Millions dollar duplex. Sigh~!!

From right; Shashue a.k.a Farrah Fawcett, Inaz a.k.a Jaclyn Smith and Amy a.k.a Kate Jackson. Good morning Charlie~!!

Read more...

Mengabadi Gaya Istimewa


Koleksi The Kirana Story

Bergaya itu satu seni dan hanya yang berbakat sahaja mampu menyerlahkan gaya yang hebat, sehingga mampu memukau setiap yang memandang. Sharifah Kirana Syed Ghazali, antara yang bertuah kerana dianugerahi bakat yang amat berharga ini. Setiap rekaannya mengandungi nilai seni yang sangat tinggi – kaya elemen budaya serta aura feminisma sejati, menjadikan setiap yang menggayakan ciptaan Kirana pasti tampil santun dan anggun.

Koleksi The Kirana Story

Kali ini Kirana mengetengahkan himpunan baju kurungnya yang dinamakan ‘The Kirana Story’. Ia adalah sebuah karya citra unggul, yang menggunakan fabrik sebagai wadah penceritaan yang disuarakan melalui motif berunsur keislaman menggunakan teknik sulaman tapestri.

Baju tradisional yang diserikan dengan sulaman tapestri bermotifkan unsur-unsur keislaman yang dimewahkan dengan jalinan sulaman manik, sekuin dan batu permata separuh berharga bagi menambahkan kilauan pada rekaan.

Koleksi The Kirana Story

Menjadi kemestian bagi Kirana menggunakan fabrik-fabrik mewah dalam setiap rekaannya, himpunan busana Muslim kali ini juga tidak ketinggalan menggunakan fabrik-fabrik mewah dan berkualiti seperti sutera, satin sutera, taffeta, sutera Thai, organza, English brocade serta chiffon sutera.

Warna juga menjadi salah satu medium yang penting dan selalu dititik beratkan dalam setiap helai rekaan Kirana. Himpunan busana Muslim kali ini banyak menggunakan warna berserakan lembut, terutamanya warna merah kesumba, hijau epal, biru firus, lilac, dan kuning air (krim).

Read more...

11.4.08

Keabadian Sebuah Cinta

Diadaptasi daripada tema ‘Keabadian Sebuah Cinta’, Sharifah Kirana Syed Ghazali sekali lagi menghimpunkan himpunan terbaru raja dan ratu sehari; ‘Made to Love’, untuk merealisasikan impian perkahwinan kedua mempelai.

‘Made to Love’ adalah kesinambungan daripada rekaan Kirana untuk himpunan ‘The Kirana Story’, yang dilancarkan beliau empat tahun lalu. Tapestri yang disulam menggunakan manik, mutiara sekuin, dan jemeki ini sangat istimewa kerana semua motifnya mempunyai kisah tersendiri iaitu perjalanan indah hidup Kirana dalam mengharungi dunia rekaan yang dipenuhi pelbagai warna – pahit manis sebuah kehidupan.

Keunikan rekaan busana muslim ini Kirana, diinspirasikan daripada warna-warna pastel bunga mawar, melur, dan melati dengan fabrik lembut dan terbaik seperti chiffon, royal velvet, English brocade, sweet princess organza, Italian lace, French lace, taffeta, satin sutera dan juga sutera. Warna putih pula merangkumi himpunan busana untuk majlis akad nikah sebagai lambang kesucian. Manakala, untuk majlis persandingan, majlis resepsi dan majlis-majlis lain, Kirana memilih semua warna tetapi berserakan lembut (pastels).

Busana pengantin ‘Made to Love’ ini membawakan potongan-potongan ‘tunic’ dengan ‘silhouette’ anggun, ‘dramatic bubbles sleeves’ ‘’round collar’ dan juga garisan leher menutupi tengkuk. Sebagai pelengkap gaya busana muslim, aksesori seperti selendang, hijab dan layah (veil) yang diperbuat daripada net sutera, chiffon, organza, sutera dan velvet yang berkualiti tinggi, mengindahkan lagi koleksi pengantin ‘Made to Love’ ini.

Read more...

  © Blogger template Coozie by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP