11.4.08

Keabadian Sebuah Cinta

Diadaptasi daripada tema ‘Keabadian Sebuah Cinta’, Sharifah Kirana Syed Ghazali sekali lagi menghimpunkan himpunan terbaru raja dan ratu sehari; ‘Made to Love’, untuk merealisasikan impian perkahwinan kedua mempelai.

‘Made to Love’ adalah kesinambungan daripada rekaan Kirana untuk himpunan ‘The Kirana Story’, yang dilancarkan beliau empat tahun lalu. Tapestri yang disulam menggunakan manik, mutiara sekuin, dan jemeki ini sangat istimewa kerana semua motifnya mempunyai kisah tersendiri iaitu perjalanan indah hidup Kirana dalam mengharungi dunia rekaan yang dipenuhi pelbagai warna – pahit manis sebuah kehidupan.

Keunikan rekaan busana muslim ini Kirana, diinspirasikan daripada warna-warna pastel bunga mawar, melur, dan melati dengan fabrik lembut dan terbaik seperti chiffon, royal velvet, English brocade, sweet princess organza, Italian lace, French lace, taffeta, satin sutera dan juga sutera. Warna putih pula merangkumi himpunan busana untuk majlis akad nikah sebagai lambang kesucian. Manakala, untuk majlis persandingan, majlis resepsi dan majlis-majlis lain, Kirana memilih semua warna tetapi berserakan lembut (pastels).

Busana pengantin ‘Made to Love’ ini membawakan potongan-potongan ‘tunic’ dengan ‘silhouette’ anggun, ‘dramatic bubbles sleeves’ ‘’round collar’ dan juga garisan leher menutupi tengkuk. Sebagai pelengkap gaya busana muslim, aksesori seperti selendang, hijab dan layah (veil) yang diperbuat daripada net sutera, chiffon, organza, sutera dan velvet yang berkualiti tinggi, mengindahkan lagi koleksi pengantin ‘Made to Love’ ini.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Coozie by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP