26.8.09

Terima kasih



Gambar booth Sharifah Kirana di Kraftangan semasa Promosi Kerja Kawin 2009. Alhamdulillah saya telah menerima banyak tempahan deco dan busana pengantin sehingga tahun hadapan. Di sini saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan yang memberi kepercayaan kepada saya menyelenggarakan majlis perkahwinan mereka.

Sebenarnya ini adalah pertama kali saya mengikuti promosi ini, itupun kerana di jemput oleh Pengarah Kraftangan. Banyak pengalaman manis kerana kebanyakan pelanggan yang datang ingin berjumpa dengan saya, maklumlah sudah lebih 15 tahun saya di dalam bidang ini. Ada yang sanggup tunggu giliran mereka, saya begitu terharu kerana sambutan yang sungguh mengalakkan. InsyaAllah tahun depan jika panjang umur dan mempunyai masa terluang saya akan membuat promosi ini dengan lebih hebat.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Coozie by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP